nuffnang advert

Monday, December 30, 2013

hanya Allah yang bisa menyembuhkan

Assalamulaikum semua...


errmmmmm, abang demam since mlm tadi...bila abang demam je aku dah rasa cuak semacam...since dia dah pernah kena denggi sebelum ni, asal dia demam je, mmg aku cuak...harap2 abang demam biasa je la...tak sanggup tengok abang sakit2 lagi...dah la lagi 3 hari nak masuk sekolah ni...cepat baik tau abang...mama kat ofis ni dah rasa serba tak kena dah ni...nasib daddy ada boleh jaga abang...mama cuti pun dah habis...huhu....


kisah kedua pulak, nenek mertua dah beberapa hari terlantar.. semalam balik Seremban lagi, tgk keadaan nenek, makin uzur nampaknya...cakap pun dah tak boleh...kesian kat mak mertua yang penat menjaga mak dia, tidur mak pun dah terganggu, makan mak pun tak berapa nak lalu bila tgk nenek mcm tu....hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan mak mertua pada maknya itu...semoga syurga tempat mak....



doakan yang terbaik utk abang dan nenek mertua ye...


Friday, December 27, 2013

Bukan Kerana Aku Tak Cinta, i fall in love!!

Assalamualaikum semua...

siapa tengok drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta? angkat tangan!! 
siapa tak tengok tak leh geng...ekekek.....
drama ni best ah...syok ah...adaptasi dari novel jugak la...
suka tengok si Nely tu tergedik2 duk tackle si Jebat tu...siap nak masuk meminang si Jebat tak tahan...hahaha...siap buat2 lemas nak attention dari Jebat....hadoi....notti tau Nely dlm citer ni, minggu depan masak la ko kena tampar dengan Jebat...huhu...
citer ni ala2 romantic comedy gitu...dan boleh tak aku sebagai peminat dorang nak sangat tengok si Nely ngan Sharnaaz ni couple betul2...mcm sesuai je tgk dorang...sherashi bersama gitu... :)
matikla Qi marah...(bajet mcm Qi baca blog aku, hahaha)

pastu syok la tengok dorang main terbang2 gini....terus feeling...muahahaha...


rasa tak cukup je Astro Mustika HD buat setengah jam je sehari...dah la Isnin sampai Rabu je....
i tak suka ternanti2 tau...huh...

Thursday, December 26, 2013

Polis buru wanita larikan pokok Krismas



RAKAMAN kamera keselamatan menunjukkan seorang wanita membawa keluar sebatang pokok Krismas di London.



LONDON - Seorang wanita tidak menyedari perbuatannya mencuri pokok Krismas di sebuah rumah kebajikan dirakam kamera keselamatan (CCTV) fasiliti itu.

Suspek yang kononnya datang untuk menziarahi seorang rakannya di sebuah rumah kebajikan di Camberwell, membawa lari pokok berkenaan sebaik sahaja melihatnya.

Ketika kejadian pada 16 Disember lalu, pokok perhiasan itu diletakkan berhampiran pintu keluar bangunan berkenaan.

Polis kini memburu wanita tersebut dan menyebarkan imejnya yang dirakam oleh kamera CCTV tersebut.

Pokok itu disumbangkan oleh seorang rakan kakitangan rumah kebajikan berkenaan. - Agensi





sumber: kosmo

Cheesy Bites Trio - Tempura King Prawn

Assalamualaikum semua...

 tak nak ckp banyak, jom layan pizza terbaru dari Pizza Hut ni...kami makan kat Pizza Hut Rawang hari Sabtu lepas, lepas balik beli barang2 sekolah anak2...

 kami try menu baru la...amek set yang utk 4 org tu...kami try Cheesy Bite Trio, Tempura King Prawn Seafood Sensation...

 kat tepi dia tu masing2 ada kelainan...yang ni nama dia Roasted Sesame Seeds

 yang ni pulak Spicy Chipotle...

 ha, yang ni Cheesy Parmesan...so, setiap slice ada kelainan la kata ko...

 kalau tanya kami, mmg sedap lah!! kami anak beranak kan hantu cheese dan seafood, mmg kena lah dengan kami...anak2 pun suka especially si abang tu...ada crab stick dengan tempura prawn tu kan, anak2 suka lah...

lepas tu dalam set dia bagi air Mountain Dew, kami tak berkenan sangat dengan air tu, so, kami tukar dengan air Assam Boy Fizz ni...sedap wa ckp lu...minum air ni mmg melegakan di waktu panas tengahari terik waktu tu...



oklah, sekian review utk menu baru Pizza Hut, dah lama tak masuk Pizza Hut Rawang, sekali decoration dah berubah, service pun dah bagus lah...aku macam e eh..aku ni masuk Dominos ke Pizza Hut? hahaha...
baguslah kalau Pizza Hut dah berubah...ekekek....

Tuesday, December 24, 2013

perempuan di dalam kedai emas


Dalam satu kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng
melihat cincin...dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling untuk melihat
sesiapa ada berdekatan dengannya dan perasan ada promoter kat belakangnya..

Promoter : Boleh saya bantu?

Perempuan tu anggap promoter tu tak dengar la yang dia kentut jadi dia pon
bertanyakan soalan sambil buat seperti tiada apa yang berlaku..

Perempuan : Berapa harga cincin ini?

Promoter: Kalau tengok cincin ni pun puan dah terkentut, saya pasti
puan akan terberak bila tahu harganya.
sumber: cari.com

bayar, jangan tak bayar

Assalamualaikum semua....
wow!! hari ni masuk lambat weh....hujan adalah sangat lebat kat Rawang...masuk lambat pun nak wow...ekekek...

takpe la, bukan pasal hujan aku nak cerita...nak citer perbelanjaan sekolah utk anak2 aku...

1) buku2 rampaian dan keperluan sekolah abang utk darjah 3 =rm59.80
2) pendaftaran sekolah agama abang dan buku2 agama utk darjah 3 (private) =rm434.80
3) pendaftaran sekolah tadika PASTI adik utk 5 tahun termasuk buku2 =rm627
4) perbelanjaan stationeries anak2 @ Tesco Rawang =rm137.73
5) perbelanjaan baju sekolah abang, beg, kasut bagai @ Hari Hari Rawang =rm329.30


grand total: rm1588.63

Alhamdulillah dah setel semua...dah langsai semua...berpeluh time nak membayar...hahaha...
tinggal utk bayar bulanan je la cth:

1) sekolah agama abang bulanan: rm90
2) van sekolah abang bulanan: rm110
3) tadika PASTI adik bulanan: rm120
4) bulanan transit abang dan adik: rm300

grand total bulanan utk anak2: rm620


fuyoooo, mmg giler ah...belum lagi dengan nak bayar duit rumah, bil astro api air bagai, bil maxis...duit kutu, bagi mak n bla bla bla....mcm mana lah yang anak ramai tu kan, aku yang anak dua ni pun duit balance yang tinggal ciput je....itu pun ada hati nak pasang niat jalan Lombok tahun depan...muahahaha...


PM, sila naikkan gaji kami, lagi beberapa hari lagi kami bakal menghadapi banyak kenaikan harga...so, sila naikkan sekali gaji kami yang ciput neh...

Monday, December 23, 2013

orang baca berita, ko layan XXX


you're fired la gamaknya....hahaha...




sumber: cari.com

selamat datang satu juta

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, dah cecah 1,000,000 ko pengunjung blog aku ni...target aku sebenarnya by next year akan start sejuta tu, tapi dah cecah awal lagi bagus la kan...
tapi nampaknya takde sapa yang sempat capture angka 1,000,000 tu...aku sendiri tak sempat nak tgk moment tu...(moment la sangat kennn)


apa pun, terima kasih pada semua pengunjung blog MY ALL ni, sama ada yang rajin komen tu atau silent reader blog ini...



tocei tocei, terharu :)

Sunday, December 22, 2013

aku bakal bergelar jutawan?

'ENTRY MELEKAT, SILA SCROLL UNTUK ENTRY TERBARU'

Assalamualaikum semua...
tajuk biar gempak...hahaha...

ini angka pengunjung yang telah bertandang ke blog MY ALL sehingga entry ini ditulis...

aku sangat mengalu2kan kedatangan angka satu juta dalam blog aku ini...dan jika anda adalah pengunjung ke satu juta dalam blog MY ALL ini, sila ambil tindakan dengan kadar segera:

1) printscreen nombor 1,000,000 anda seperti yang aku printscreen kat atas ni, kalau dapat printscreen satu page lagi bagus.
2) buat entry dalam blog korang dan buat tajuk 'SAYA PENGUNJUNG KE SATU JUTA BLOG MY ALL'
3) link kan entry yang korang dah buat tu dan inform aku dalam comment box entry INI. Jgn leave comment dalam entry lain tau. Diulang, entry ini sahaja, entry lain aku tak layan.
4) ada hadiah misteri menanti anda. 


aku target by next year 2014, blog ini akan bermula dengan pengunjung 1 million, InsyaAllah, kalau dapat cecah awal lagi bagus :)
sekian, dari orang yang teruja bergelar jutawan...tak dapat bergelar jutawan duit, dapat tengok angka pengunjung blog MY ALL cecah sejuta pun jadik lah....hahahaha...

Friday, December 20, 2013

senyum Jumaat

Assalamualaikum semua...

santapan pagi ini: 
nasi kerabu + ikan tongkol + daging masak kicap + telur masin + sambal belacan 
@ Selera Duta
rm7
bersama Geng Antu Jepun


Alhamdulillah, kenyang sangattttt...rezeki Allah tak terkata nikmatnya...
Dia berikan kesihatan yang baik pada pagi ini, Dia berikan kesenangan hati pada pagi ini, Dia hantarkan kawan2 yang baik bersama aku...Alhamdulillah...
Jumaat yang sangat indah... :)




notakaki: tak sabar betul tunggu sambungan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta lakonan Sharnaaz dan Nelydia tu...eiii, kenapa lah hari Isnin sampai Rabu je, setengah jam je pulak tu...grrrrr...

Thursday, December 19, 2013

Flat ditimpa pokok tumbang


KEADAAN pokok tumbang yang menimpa Blok B, Flat Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Kira-kira 100 keluarga yang mendiami Blok B, Flat Jalan Hang Tuah di sini semalam terkejut apabila sebatang pokok besar tumbang menimpa bangunan itu.


Dalam kejadian pada pukul 5.45 petang itu, sebuah kuil musnah, tujuh buah kereta dan balkoni di lima buah rumah di bangunan tersebut mengalami kerosakan.
Seorang penduduk, M.Manimala, 28, berkata, dia yang tinggal di tingkat 15 di blok itu terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat datang dari luar rumahnya.
"Saya ingat berlaku kemalangan namun tidak menyangka pula dentuman itu berpunca daripada sebatang pokok besar yang hidup di dalam kuil itu tumbang.


sumber: kosmo

Wednesday, December 18, 2013

nak cium tiak!! nak cium tiak!!

Assalamualaikum semua...
nak tunjuk adik punya perangai...dia ni mmg macam2 sikit...hahaha....
gambar2 ni semua masa celebrate beday abang kat rumah mak mertua aku baru2 ni...

 hero of the day hari tu adalah abang, tapi adik punya perangai pulak yang gila2...ekekek...
pusing dik jangan tak pusing...

 menari pulak dia...

 sengih sampai ke telinga...

 kita cium pipi abang, dia pulak cium lengan abang....

 daddy cium abang, dia cium daddy...

 pastu cium mama pulak...

sudahnya dia cium ketiak abang pulak...muka stim pulak tu...hahaha....abang pulak muka pasrah ketiak dia jadi mangsa... :) tapi aku suka sgt gambar ni...tengs pakngah Zack snap this moment....
eiii, motip ko cium ketiak abang ko tu dik? macam2 la ko ni dik....ekekek...
(semua aksi adik ni kami tak suruh pun dia buat mcm tu tau, ni semua gaya spontan dia)




tapi adik memang penghibur hati kami sekeluarga....kadang2 abang siap ckp, adik ni comel tau, tapi adik notti...muahahaha....

Tuesday, December 17, 2013

syahdu dan romantik di waktu salji


holloh holloh...
kucing pun ada perasaan tau  =)




sumber: cari.com

atas katil hotel pun jadik

Assalamualaikum semua....
jom layan anak2 ber muay thai...muay thai la sangatttt....

 seluar muay thai ni kami beli kat pekan Aonang, Krabi...beriya2 budak2 ni nak seluar muay thai, so, kita beli je la...sehelai rm18...balik je hotel terus budak2 ni bukak baju pakai seluar muay thai terus...tak sabar2 kekdahnya...

 amacam, ada gaya tak?

 yang seluar merah tu tak padan dengan kurus kering...ekekek...

 part ni aku tetiba teringat Labu Labi bergusti....hahaha....

dah penat, terus landing... =)
beriya2 abang suruh repeat Krabi sebab nak tengok 'live muay thai show'...hari tu kami pergi, wrong time..kesian budak2 ni...nak tengok sangat depan mata...



korang ada tau mana2 muay thai show kat Malaysia ni? kot2 lah ada pulak kan, aku je yang tak tau...huhu...

Monday, December 16, 2013

kubur orang tu merah lagi, korang dah bergaduh


degil pulak tu orang dah betulkan...
tetap lah nak kata ni Paul Walker...kahkah...
(sila jegilkan bijik mata utk membaca atau klik gambar utk tumbesaran)




sumber: cari.com

kecil kecilan je, janji hepi!!

Assalamualaikum semua...
hari Sabtu dan Ahad kami berada di Senawang, rumah mak mertua aku...so, semalam hari Ahad kami plan buat beday party abang kecil kecilan kat rumah mak mertua aku...

 beday abang sebenarnya jatuh pada 12.12 hari Khamis lepas, hari tu dah beli kek dah, tapi kali ni mcm nak buat makan2 sikit...tak plan pun sebenarnya, semua plan last minute...

 kami beli 3 jenis pizza Dominos...yang ni spicy sambal...wajibbb...utk orang2 tua makan... :)

 untuk kanak2 pulak kami beli 2 jenis pizza berlainan, tapi tak ingat la dah apa nama pizza2 ni...

 yang penting semua crust ada cheese, sebab abang kan hantu cheese...

 bakal dingap sekejap lagi...

 abang dan sepupu2 dia...

 ada jugak roti hotdog...ni kami bawak khas dari Rawang.. ;)

 ada muffin pandan dan cappucino jugak...Ain buat...tengs Ain!!

 soft drinks....

 sebelum celebrate beday boy, kita amek family photo dulu...
ni family Ain, Ain adik hubby yang no.2, duduk kat Cheng, Melaka dan pengusaha muffin yang berjaya kat Melaka tu, masyukkkk ni beb...
si kecik tu pulak, nama dia Ikram, aku pernah buat n3 pasal kelahiran Ikram kat sini...sekarang dah 7 bulan pun...Ikram comelllll sangat...maklong gerammmm sangattttt tau!!

 ni pulak family Nurul, Nurul adik hubby yang bongsu...tapi semua anak2 buah panggil dia Acu Huda...anak dia pulak si Chinta yang gediks tu...serius gedik beb si Chinta ni...hahaha...gewaaaaam je kat budak sorang ni, nampak maklong cepat2 dia lari...eiiii...sabo je la....cerita pasal Chinta dah banyak kali masuk dalam blog aku ni...
habis je celebrate beday abang, terus berdesup dorang pegi wedding kawan dorang pulak...tak puas main dengan Chinta...huhu...

 sebelah hubby tu lah mak mertua kesayangan aku...ayah mertua aku pulak takde masa ni, tgh keje...
mak mertua aku ni lah yang jaga aku sepanjang aku berpantang kedua2 anak aku dulu, dalam gambar ni tak cukup sorang anak dia, Mimie anak no.3 tak dapat balik pulak...ada banyak keje...takpe lah, dia dah wish abang pun dah cukup baik...
serius aku bertuah mengenali family ni..dorang tak pernah anggap aku ni orang luar pun, dah macam anak sendiri dan mcm adik beradik sendiri...

 dah kata pun plan last minute kan, so, kami takde order atau tempah kek...kalau ikutkan nak tempah kek bola, sbb abang tu hantu bola, tapi kalau nak kek mcm tu kena tempah seminggu awal la kan, takpe lah, kami amek chocolate indulgence dari secret recipe...sebijik kek ni harga dia rm86.90...macam biasa la kan, coklat indulgence ni mmg sedap sangat la kan, sekejapan dah habis..budak2 duk repeat makan...bagus bagus, tiada pembaziran....

 lepas dah nyanyi2, tiup lilin time!!

 heaven nya....
terbaekkkkk...

 family kecil kami...kalau ada Alang Mimie kan besttt....

 tadi abang dah tiup lilin, kita pasang lagi sekali lilin tu, nak bagi semua anak2 tiup lilin sekali, ala, nak bagi budak2 ni enjoy kan...



 orang kuat kami...:)

 family photo...gasak ah pakai baju biasa2 je...plan last minute kennn..

 abang dapat banyak duit hari tu, hadiah drp nenek, mak ngah Ain dan Acu Huda...tengs semua!! adik nampak abang dapat banyak duit, kemain dia nak kecek drp abang...mmg tak lah kan abang nak bagi...hahaha...

 sayang abanggggg!!

ok, diakhiri dengan gambar cucu2 mak mertua aku...ada 7 orang semuanya...lengkap dah gambar ni...i like...abang cucu paling sulung sekali...cucu perempuan cuma ada 2 je, Yaya dan Chinta...



walau buat kecil2an beday party ni, yang penting abang hepi, anak2 buah pun hepi...sayang semua lah!!